Jumat, 18 Desember 2009

putih-putih dari langit



Bismillah.
Bersawang sudah blog ini. Maaf ya, lagi sibuk :)

Salam Maal Hijrah buat semua. Kita sudah di tahun baru. Azam baru??

Macam mana nak mulakan cerita ni.
Alhamdulillah, dengan rasminya warga Aberdeen sudah bercuti! Tahmid!

Dan hari sungguh indah sekali, hari ini salji turun dengan lebatnya...mashaAllah..subhanallah!

 
 waktu very de very light snow, dalam pukul 3 petang. masa baru-baru turun.

Snow menggila sekitar jam 5 malam (dah nak isya' di sini =p)
Subhanallah..dalam sejam dah lebih tiga inchi tebal!




 beza kan dari waktu siang?


Siapa-siapa rasa snow itu tak cun, sila komen =p

Memandangkan orang negara panas sudah sampai ke negara sejuk, peluang bermain dengan salji jangan dilepaskan!



snowman in making.penat jugak buat benda ni!



sambil buat, sambil posing!

Masa tengah syok2 buat snowman dengan Kak Wanis, tiba2 ada budak kecik comel main baling-baling snow.

Oooo nak main perang snowball ye!

Dan kami berdua pun main lawan2 dengan budak tu serta family dia yang lain, semuanya berasal dari Latvia (Europe juga lah, tapi diorang tak fasih Inggeris).



budak yang dimaksudkan. jerit2 dekat dia pun dia tak paham, sebab dia tak cakap English!




lepas perang, kami berdamai.hoho
Ini snowman yang mereka buat. kami punya tak siap2 lagi!

Ada cerita sedih dengan diorang ni.waaa..tapi tak sesuai nak cerita di sini rasanya.
Kita gosip2 nanti yeh?

Kemudian group kakak2 phD datang untuk join main sama.
Kak Hud, Kak Emi dan Kak Anis.

 




dan akhirnya kami berjaya buat snowman kami sendiri...yeah!




 lengkap berbaju bertopi gitu :)

 

yuk semua datang scotland  yuk :)




Sabtu, 05 Desember 2009

sekilas











sangat suka pic ini ^.^
waktu ni betul2 baru habis solat raya kat dewan besar. sejuk gilos sekarang..

ma, ila pakai jubah kesayangan ama :)

emm belum bersemangat nak update blog.hee sori ya.
till then,
wassalam.

Senin, 30 November 2009

Aidiladha di Poorba Garden


Assalamualaikum wbt.

Di doakan sekalian pembaca budiman masih di bawah lindungan dan rahmatan lil'Alamin. InsyaAllah.

Berlalunya Syawal masih dirasa, takbirnya bergema masih kedengaran.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, perginya Syawal di sambut Zulkaedah.
Dan kini Zulhijjah menampakkan empunya..
Bulan Zulhijjah, bulah penuh sejarah kejadian besar buat umat islam seantero galaksi.

Buat yang di bumi, mahupun yang di ISS.(sekarang zaman kan dah moden..)


Seiring dengan Rukun Islam ke-5 yang ditunaikan bagi yang berkemampuan (niat juga dalam hati), ibadah qurban dituntut bagi mengangkat syiar pengorbanan dan kemuliaan Nabi Ibrahim a.s.

Di Malaysia umumnya, Aidiladha disambut pada hari Jumaat bersamaan dengan 27hb Nov 2009. Sayugianya, (ayat ust Kazem) di Taman Purba, ibadah qurban dijalankan sesudah solat Jumaat.

Langit berarak kelabu...

Alhamdulillah, cuaca sedikit mendung pada awalnya, mengurangkan bahang panas tengahari. (tau la kt Aberdeen sejuk..)


Hujan pun turun...

Ok now we start it again with our way..(unformal)..hehe

Tahun ni Surau Raudhatussyakirin (atau lebih dikenali dengan surau Taman Nyior/Purba) menumbangkan 6 ekor lembu bersamaan dengan 42 bahagian semuanya. Alhamdulillah, ayahanda turut serta berkorban 1 bahagian. Syukur rezeki pemberian Allah. =)






Iji, hero dalam cerita kali ni..


Seperti tahun2 sebelumnya, tukang sembelih kali ni tak lain tak bukan Tuan Guru surau kita, Imam Masjid Sungai Landak, Dato' Hj Muhammad B. Yaasin. Sambil diikuti rapat oleh anak mentee beliau, Imam surau kita, Ustaz Tapa.(nama glemer..hehe)


Eh, pakai short pon ada....??


Diperhatikan tahun ni, ramai anak muda turut serta menyertai ibadah qurban kali ni. Yang ikut program takbir rumah ke rumah pon ramai anak bujang yang join. Otai kampong yang rambut kaler merah tu pon ade.(tapi dia bila jumpa ngan abang selalu tegur,tunduk kepala..heh)


Lembu ni sedey je tengok member dia kena sembelih...




Port sembelih tepi kubur..ape ade hal...



Hujan yang mulai turun petang tu tak sedikit pon melemahkan rentak acara. Masing- masing ada peranan sendiri. Ada yang melapah daging. Ada yang mengkapak tulang. Kaum ibu sibuk di bawah kanopi memotong danging kepada bahagian- bahagian kecil. Yang tolong masak kat dapur pon ramai.(tapi abang tak nampak sangat la anak dara..heh)



Iqbal takut bila nampak petir..hahaha



Jadi dipendekkan berita, macam biasa, daddy akan cuba mendapatkan isi2 perut lembu. hehe..tapi misi kali ni tak mudah.. sebab ramai sangat orang. and diorang pon da pandai makan perut lembu skang..nak buat sate perut katanya..kaki lembu yg sebelum i diorang buang je, pon, cepat habis sebab diorang nak buat sup tulang katanya..selera orang melayu dah meningkat 1 darjat kini..


Ini tasking yang selalu disertai golongon veteran...



Oleh sebab abang tak beberapa sehat petang tu, tugas sebagai runner telah diambil alih oleh Iji.hahaha..(runner- tukang bawak lari daging dari surau ke rumah) Petang tu jugak, keluarga GBoy datang berziarah.(tradisi sunat yang masih di amalkan saban tahun)

Iji = runner...hahaha



Jadi begitulah, serba ringkas cerita yang dapat dikongsi bersama dalam ruang waktu yang amat terhad ini.( abang bz kan...) Sampai jumpa lain kali dengan cerita yang lebih menarik...=)



btw...anak sapa ni terlentang je ni...ish ish ish kesian....
Salam...........................tata~
























..

Minggu, 08 November 2009

jalan-jalan glasgow

Salamun alayk.. moga semuanya sihat dan ceria =)

Sabtu lepas (semalam), patik berkesempatan mengikut Kak Najah dan Ustaz Burhan sekeluarga ke Glasgow.
Alang-alang mereka mahu renew pasport dan kereta masih ada seat kosong, maka patik pun mohon untuk menyelit dengan Kak Nuru. Eh yeke, rasanya kak najah yang ajak.

Pada awalnya kami nak pergi Glasgow untuk ikut program. Tapi sampai sana dah lambat, sambung jalan je lah.hehe. Tapi jalan-jalan tak bermakna habis masa kan, lagi-lagi jalan dengan orang2 hebat macam ustaz dan kak najah..banyak benda belajar =)


tempat renew pasportnya di Universiti Glasgow. So, tumpang ambil gambar :)
eh chup. Gambar dengan signboard uni sendiri (aberdeen) pun takde lagi tapi uni lain dah pulak.adei



 suka la dengan tiang2 ni



disebabkan suka, maka bergambar lagi =)




autumn in my heart =)



ada orang kawin. join skali ah~
(nampak tak laki2 banyak pakai skirt? tu trademark scotland =)
-klik untuk besarkan foto



saje..~



kak najah baik, abbad manja, kak nurul kaki jalan (hehe), patik dan seluar yang dah kotor!

 
di depan masjid glasgow


 
berposing dengan master abbad =)

 
 
di satu sudut masjid , sempat meng-usha abang2 arab yang berusrah. muda2 lagi you~

Banyak lagi kami berjalan sebenarnya.
Tapi patik tak bawa kamera, guna fon je ni. Kak Nurul pulak bateri habis..

Sempat shopping di Bonnypack yang sangat murah (macam Mydin Malaysia!) dan ke rumah kawan-kawan ustaz yang best-best. Ziarah sahabat itu kan sunnah =)
Bagus gak dapat ikut ziarah ni, nanti bila datang glasgow lain kali, boleh tumpang makan kat rumah depa.hehe. 

Kami sampai di Aberdeen kembali dah nak dekat 12tengah malam.
Puas hati :)
Alhamdulillah.




hujan ameh di nagari urang,
hujan batu di nagari awak.
biarlah, nagari awak juo nan di hati ...

rindu semua :)

riang raya- lambat version

 Bismillah.

Ila ingatkan orang-orang purba saja yang buka blog ini.
Rupanya keluarga Indonesia sana pun jejak juga :)
Ada banyak permintaan untuk lebih banyak foto.

Mari, kita share =)

Yang ini sepanjang Riang Raya @ Rowett.


 
Ini keluarga besar Melayu Aberdeen, sempena Riang Raya. Kepala semua orang lagi kecik dari kepala mancis je.
Cuba cari ila yang mana? hehe




sebelum majlis bermula. ramai tak datang lagi.
lawa gile hall dia. macam dalam filem harry potter ji :p





makanan memang serbuan utama :)

 
sebagai pelajar baru, disuruh ta'aruf




 anak2 melayu di perantauan




kak nurul, kak daeng, kak alin, hanis, syahmi, qilah, me, kak intan




semua bahagia dapat makan besh2.


baik, sekian dahulu lah ye.
 
 sekali lagi, tahniah untuk kelahiran baby boy uni esi.
Namanya, ditukar atau masih Hilal Abiyu Syarif? Sedap tu :)

Oh ya, buat uni esi atau sesiapalah, ila dah tukar settings untuk komentar di blog ni. Rasanya dah mudah kalau nak tinggalkan komen. Bolehla komen lepas2 ni ya.


nan jauah,
ila :)